Assalamualaikum 😄. Alhamdulillah dengan izin Allah S.W.T
blog penterjemahan ini ditubuhkan dengan jayanya hasil kerjasama ahli kumpulan kami
iaitu Cik Nurul Syafina binti Rosman, Cik Noorhaidatul Najiha binti Idris, Cik
Nur Kamariah binti Ahmad dan Cik Siti Shahidah binti Ruzlan.
Baiklah sahabat-sahabat, bila kita bercakap tentang
sesuatu perkara ataupun kita lakukan sesuatu benda itu mestilah ada tujuannya
yang tersendiri bukan? Begitu jugalah blog penterjemahan ini ditubuhkan dengan tujuannya
yang tersediri. Apa tujuannya?
Tujuan utama kami
ialah:
- Blog ini ditubuhkan untuk memenuhi keperluan subjek Terjemahan Arab-Melayu-Arab (PPPJ1213) yang diajar oleh Dr Maheram binti Ahmad yang mana subjek ni merupakan subjek yang perlu diambil oleh kami dan penubuhan blog ini merupakan satu tugasan buat kami.
- Di samping itu juga, blog ini sebenarnya kami tubuhkan sebagai medium untuk berkongsi maklumat dengan orang ramai berkenaan perkara-perkara yang berkaitan dengan penterjemahan. Mesti ramai yang hendak tahu dengan lebih lanjut bukan?😎 Jadi rajin-rajinlah singgah ke blog kami ini sebab banyak maklumat yang bakal menyusul.
Dan apa pula kepentingan penterjemahan ini?
Kepentingannya ialah:
- Penterjemahan ini sebenarnya memudahkan komunikasi antara individu yang berlainan bahasa dan melalui komunikasi itulah pelbagai maklumat dapat disampaikan. Dengan terjemahan ini jugalah kita dapat mengetahui budaya, adat dan pemikiran bangsa lain.
- Dengan adanya penterjemahan maka akan memudahkan berlakunya pemindahan ilmu seperti yang tercatat dalam sejarah pemindahan ilmu dari sesebuah tamadun ke tamadun yang lain berlaku melalui proses penterjemahan. Contohnya ialah seperti yang berlaku pada zaman Khilafah Abbasiyyah di Bayt al-Hikmah dan juga di Cordova zaman pemerintahan Umayyah di Andalus, hasil-hasil karya bahasa asing telah diterjemahkan ke dalam Bahasa Arab (kami akan terangkan dengan lebih lanjut dalam perkongsian akan datang 😏).
Perkongsian terakhir daripada kami untuk kali ini ialah
harapan terhadap penubuhan blog ini.
Harapan kami ialah:
·
Diri sendiri
-supaya kami lebih memahami subjek penterjemahan ini
dengan lebih mendalam di samping dapat berkongsi ilmu yang diperolehi.
·
Pengunjung blog
-supaya orang ramai dapat mengetahui asas-asas dalam
penterjemahan dan mengetahui penterjemahan juga
adalah satu bidang yang penting dan mempunyai peluang pekerjaan yang luas.
Setakat ini sahaja perkongsian daripada kami. Teruskan
setia dan layari blog yang ini😍. InshaAllah akan ada banyak lagi maklumat
yang bakal kami kongsikan.
-Cik Nur Kamariah binti Ahmad A161830 🍧-