Monday, April 24, 2017

PENTERJEMAHAN DI KACA MATA SARJANA

Assalamualaikum w.b.t post kami pada harini ialah berkaitan pandangan-pandangan tokoh sarjana terhadap penterjemahan ini .

Antara tokoh yang memberi pandangan terhadap penterjemahan ini ialah Catford (1965)Finlay (1971)Nida & Taber  (1974).


  • pandangan catford terhadap penterjemahan:

Catford, J.C (1965) “A Linguitic Theory of Translation” :
The replacement of textual material in one language (Source Language) by equivalent textual material  in another language.

“ ... Penggantian bahan teks dalam sesuatu bahasa (bahasa sumber) dengan bahan yang sepadan dalam bahasa lain (bahasa sasaran) ...

  • pandangan finlay terhadap penterjemahan :
Finlay (1971), Bell (1991), dan Hatim dan Munday (2004):

A) The process of turning an original or “source” text into a text in another language, dan
b)  A translated version of a text. 

Daripada definisi ini difahami bahawa individu atau program komputer yang bertindak memindahkan teks daripada satu bahasa kepada satu bahasa yang lain dinamakan sebagai penterjemah (translator), manakala disiplin ilmu yang berkaitan dengan hal ehwal penghasilah terjemahan dikenali sebagai kajian penterjemahan (translation studies).

Finlay (1971) menekankan elemen bertulis apabila mendefinisikan ‘terjemahan’ dan membezakan antara ‘terjemahan’ dengan ‘interpretasi”:
Translating is ... A presentation of a text in a language other than that in which it was originally written ... The word ‘written’ should be stressed, since it distinguishes translating from intrepreting, which may be defined as the presentation of statement in a language other than that in which it was originally spoken...


  • pandangan nida & taber terhadap penterjemahan:
Dalam The Theory and practice of translation, Nida dan Taber (1982:12) mentakrifkan  penterjemahan seperti yang berikut:
“Translating consists in reproducing in the receptor language the closest natural equivalent of the source language message, first in terms of meaning and secondly in terms of style”.  

“ ... Menghasilkan semula dalam bahasa sasaran padanan paling hampir dan sesuai dengan bahasa sumber, pertama sekali dari segi maknanya, dan keduanya dari segi gaya penulisan.”


semua ini adalah pandangan tokoh-tokoh sarjana terhadap penterjemahan yang dapat saya kongsikan dengan anda semua , setakat ini sahaja perkongsian saya pada hari ini .Teruskan membaca blog kami untuk mengetahui pelbagai lagi ilmu berkaitan penterjemahan ini.Sekian terima kasih 😄

SITI SHAHIDAH BINTI RUZLAN (A161832)

Monday, April 17, 2017

SEJARAH AKTIVITI PENTERJEMAHAN KETIKA ERA KEGEMILANGAN ISLAM DI SEPANYOL

Assalamualaikum, post kami kali ini membawakan tajuk Aktiviti Penterjemahan Eropah ketika era kegemilangan Selatan Sepanyol. Kami berharap perkongsian ini dapat mencambah minat para pembaca dalam ilmu terjemahan. 😊



Rajah 1: Proses berlakunya aktiviti penterjemahan.

Perkembangan intelektual di Eropah adalah bertitik tolak daripada aktiviti penterjemahan yang dilakukan semasa zaman kegemilangan Islam di Sepanyol. Sarjana-sarjana barat telah datang ke negara islam untuk menuntut ilmu lalu mereka telah menterjemahkan hasil karya ilmuwan-ilmuwan Islam ke dalam bahasa mereka. Maka hasilnya mereka telah mampu keluar daripada zaman gelap kepada era Renaissance atau juga dikenali sebagai zaman kelahiran semula.

Eropah telah mengambil langkah positif dengan kemunculan ketamadunan islam di selatan sepanyol untuk meneroka ilmu baru. Kegiatan penterjemahan hasil karya ilmuwan Islam ke bahasa-bahasa lain seperti Bahasa Latin, inggeris dan perancis merupakan salah satu cara terpenting dalam berlakunya pemindahan tamadun. Toledo dan Palermo menjadi pusat penterjemahan yang terkenal dan terbesar pada abad ke 12 dan 13 kerana kedua-duanya terletak di posisi yang amat strategik iaitu di tengah-tengah perbatasan di antara Timur dan Barat. Orang eropah telah mengambil hasil-hasil karya greek yang telah diterjemah dan ditambah oleh sarjana Islam.

Faktor-faktor berlakunya aktiviti penterjemahan oleh sarjana Barat:

-penawanan kawasan Islam di Selatan Sepanyol oleh Kristian
-galakan oleh raja-raja Kristian
-penubuhan sekolah dan universiti khususnya untuk menterjemah karya-karya Arab kepada bahasa Latin
-penguasaan Bahasa Arab oleh sarjana-sarjana Eropah

Antara sarjana barat yang terlibat dengan aktiviti penterjemahan pada peringkat awal:

-Gebert Aurillac (945-1003M) merupakan orang Perancis yang menterjemahkan buku-buku ilmiah Islam ke dalam Bahasa Latin.
-Gerard dari Cremona (1114-1187M) merupakan antara sarjana barat yang banyak menterjemahkan karya bahasa Arab kepada bahasa Latin iaitu sebanyak 70 buah buku.

Kesimpulan

-Aktiviti penterjemahan merupakan satu wasilah yang dapat memindahkan sesuatu ilmu dari satu bangsa kepada bangsa yang lain.  


-Penguasaan bahasa asing adalah sangat penting supaya kita dapat memahami hasil-hasil karya mereka.

-Cik Nurul Syafina binti Rosman (A161833) 💘-

Saturday, April 1, 2017

CIK-CIK PENTERJEMAH

     ASSALAMUALAIKUM, post kami kali ini, saya ingin memperkenalkan ahli-ahli blog CikPenterjemah anda. Salam Perkenalan ^-^

1.    Nama: Nurul Syafina binti Rosman      
Asal: Johor
Pendidikan: Smka Bandar Penawar,Kota Tinggi Johor.
Diploma Pengajian Islam (Sejarah dan Tamadun Islam) UniSZA.
Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam (Pengajian Arab dan Tamadun Islam) UKM.





2.    Nama: Nur Kamariah binti Ahmad
Asal: Kedah
Pendidikan: Maktab Mahmud Padang Terap.
Diploma Pengajian Islam (Bahasa dan Kesusasteraan Arab) UniSZA.
Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam (Pengajian Arab dan Tamadun Islam) UKM.





3.    Nama: Noorhaidatul Najiha binti Idris
Asal: Selangor
Pendidikan: Sekolah Agama Menengah Sultan Hisamuddin, Sungai Berteh, Klang.
Diploma Pengajian Islam (Sejarah dan Tamadun Islam) UniSZA.
Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam (Pengajian Arab dan Tamadun Islam) UKM


4.    Nama: Siti Shahidah binti Ruzlan
Asal: Pulau Pinang
Pendidikan: Madrasah al-Aminiah, Pulau Pinang.
Lepasan STAM Madrasah al-Aminiah, Pulau Pinang.
Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam (Pengajian Arab dan Tamadun Islam) UKM.



 

sekian. -Oleh: Cik Noorhaidatul Najiha binti Idris-