Assalamualaikum, post kami kali ini
membawakan tajuk Aktiviti Penterjemahan Eropah ketika era kegemilangan Selatan
Sepanyol. Kami berharap perkongsian ini dapat mencambah minat para pembaca
dalam ilmu terjemahan. 😊
Rajah 1: Proses berlakunya aktiviti penterjemahan.
Perkembangan intelektual di Eropah adalah bertitik tolak daripada
aktiviti penterjemahan yang dilakukan semasa zaman kegemilangan Islam di
Sepanyol. Sarjana-sarjana barat telah datang ke negara islam untuk menuntut
ilmu lalu mereka telah menterjemahkan hasil karya ilmuwan-ilmuwan Islam ke
dalam bahasa mereka. Maka hasilnya mereka telah mampu keluar daripada zaman
gelap kepada era Renaissance atau juga dikenali sebagai zaman kelahiran semula.
Eropah telah mengambil langkah positif dengan kemunculan
ketamadunan islam di selatan sepanyol untuk meneroka ilmu baru. Kegiatan
penterjemahan hasil karya ilmuwan Islam ke bahasa-bahasa lain seperti Bahasa Latin, inggeris dan perancis merupakan salah satu cara terpenting dalam
berlakunya pemindahan tamadun. Toledo dan Palermo menjadi pusat penterjemahan
yang terkenal dan terbesar pada abad ke 12 dan 13 kerana kedua-duanya terletak
di posisi yang amat strategik iaitu di tengah-tengah perbatasan di antara Timur
dan Barat. Orang eropah telah mengambil hasil-hasil karya greek yang telah
diterjemah dan ditambah oleh sarjana Islam.
Faktor-faktor
berlakunya aktiviti penterjemahan oleh sarjana Barat:
-penawanan kawasan Islam di Selatan Sepanyol oleh Kristian
-galakan oleh raja-raja Kristian
-penubuhan sekolah dan universiti
khususnya untuk menterjemah karya-karya Arab kepada bahasa Latin
-penguasaan Bahasa Arab oleh
sarjana-sarjana Eropah
Antara sarjana
barat yang terlibat dengan aktiviti penterjemahan pada peringkat awal:
-Gebert Aurillac (945-1003M) merupakan
orang Perancis yang menterjemahkan buku-buku ilmiah Islam ke dalam Bahasa Latin.
-Gerard
dari Cremona (1114-1187M) merupakan antara sarjana barat yang banyak
menterjemahkan karya bahasa Arab kepada bahasa Latin iaitu sebanyak 70 buah
buku.
Kesimpulan
-Aktiviti penterjemahan merupakan
satu wasilah yang dapat memindahkan sesuatu ilmu dari satu bangsa kepada bangsa
yang lain.
-Penguasaan bahasa asing adalah
sangat penting supaya kita dapat memahami hasil-hasil karya mereka.
-Cik Nurul Syafina binti Rosman (A161833) 💘-

No comments:
Post a Comment