Sunday, May 28, 2017

JENIS-JENIS TERJEMAHAN MENURUT PETER NEWMARK

Assalamualaikum sahabat semua. Post yang lepas, team cik penterjemah telah menceritakan tentang 2 jenis atau kaedah penterjemahan. Jadi pada post kali ini, kami akan datangkan lagi 3 ciri terjemahan yang diambil daripada Peter Newmark.

Newmark telah menjelaskan 8 jenis penerjemahan, 3 diantaranya ialah:

1.  Terjemahan kata demi kata

Terjemahan kata demi kata pada dasarnya terikat pada tataran kata. Susunan kata dalam perkataan bahasa sumber dikekalkan dan diterjemahkan satu demi satu. Pada umumnya kandungan ayat tidak dipertimbangkan. Penggunaan utama penerjemahan ini untuk memahami cara penyusunan (struktur) bahasa sumber, atau untuk menafsirkan teks yang sukar sebagai proses awal penerjemahan.

Contoh:

CONTOH AYAT : I GO TO SCHOOL
I
GO
TO
SCHOOL
SAYA
PERGI
KE
SEKOLAH


2.     Terjemahan harfiah

Dalam terjemahan ini, kostruksi tata bahasa diubah sedikit mungkin dengan padanannya dalam bahasa sasaran, tetapi kata-katanya diterjemahkan satu demi satu tanpa mempertimbangkan kandungan ayat. Ini digunakan dalam proses awal penerjemhan untuk menunjukkan masalah yang harus diselesaikan.

Contoh: 

CONTOH AYAT : THE THEIF WAS SENT TO PRISON
THE THIEF
WAS SENT
TO
THE PRISON
PENCURI ITU
DIHANTAR
KE
PENJARA






3.      Terjemahan setia

Terjemahan setia ada dengan menghasilkan makna ayat yang tepat pada teks asal dengan keterbatasan struktur tata bahasa dalam bahasa sumber. Dalam terjemahan ini, kosakata kultural ‘dialihkan’ dan tingkat ‘abnormaliti’ gramatikal dan leksikal dipertahankan. Terjemahan diusahakan agar betul-betul setia pada maksud dan realisasi teks dari penulis bahasa sumber. Jadi cara ini cenderung untuk sejauh mungkin mempertahankan atau setia pada isi dan bentuk bahasa sumber.


Contoh:

CONTOH AYAT : BORN WITHOUT ARMS, HE WAS SENT TO SPECIAL SCHOOL
BORN
WITHOUT
ARMS
HE
WAS SENT
TO
SPECIAL SCHOOL
LAHIR
TANPA
LENGAN
DIA
DIHANTAR
KE
SEKOLAH KHUSUS
KERANA DILAHIRKAN TANPA LENGAN
DIA
DISEKOLAHKAN DI SEKOLAH KHUSUS




 



🌸Cik Nur Kamariah bt Ahmad A161830🌸



Saturday, May 20, 2017

JENIS DAN KAEDAH TERJEMAHAN

Assalamualaikum w.b.t , post kami pada kali ini adalah berkaitan dengan jenis dan kaedah terjemahan .Jenis terjemahan ini secara umumnya terbahagi kepada dua bahagian iaitu terjemahan tulisan dan terjemahan lisan .

Ciri-ciri terjemahan :

1) Terjemahan Tulisan 

- dilakukan secara bertulis
- penterjemah masih berkesempatan membaiki kesilapan terjemah yang dilakukan
-kefasihan berbicara tidak menjadi syarat yang mutlak
-penguasaan bahasa sumber dan bahasa sasaran yang pasif pun tidak menjadi syarat yang mutlak
-penguasaan bahasa sumber dan bahasa sasaran yang pasif pun tidak menjadi hambatan untuk menjadi penterjemah tulisan yang baik

2) Terjemahan Lisan 


-dilakukan secara lisan
-dilakukan secara langsung ,cepat dan tepat
-tidak boleh berhenti walaupun sekejap untuk membaiki unsur-unsur bahasa atau ujaran yang salah atau yang tidak tepat benar padanan terjemahannya
-penterjemah disyaratkan berkemampuan berbicara yang lancar dan fasih dalam bahasa sumber dan bahasa sasaran
-perlu berpengetahuan luas
-mampu mentafsirkan apa sahaja yang diujarkan
-dikenali sebagai interpreter
-perlu menjalani latihan yang panjang dan perlu mencari pengalaman yang berterusan
-perlu menjadi pentafsir yang mahir

yang demikian adalah ciri-ciri terjemahan tulisan dan penulisan.Antara ciri-ciri kedua-duanya kita dapat lihat perbezaan untuk menjadi penterjemah tulisan atau penulisan.Bagi pendapat saya terjemahan tulisan lebih mudah kerana kita dapat membaiki lagi kesalahan terjemah yang kita lakukan .Tetapi terjemahan lisan kita perlu lebih lancar dan berpengetahuan luas dalam bidang penterjemah dan kita perlu menjalani latihan yang panjang untuk menjadi terjemahan lisan ini.Setakat ini sahaja perkongsian kami pada hari ini .Terus bersama kami untuk next post akan datang .Terima kasih bagi yang sudah membaca 😊

Cik Siti Shahidah binti Ruzlan 

A161832

Tuesday, May 9, 2017

CONTOH MENTERJEMAH CERITA PENDEK

Pada post kali ini kami akan berkongsi mengenai cara menterjemah cerita pendek. 

                                                       GABENOR YANG FAQIR

TEKS ASAL


TERJEMAHAN

Terjemahan kali pertama😀
Pada suatu hari, khalifah telah memberitahu menterinya bahawa beliau ingin membuat lawatan ke bandar-bandar dalam negara.
Khalifah ingin mengetahui keadaan penduduk dalam usaha untuk membantu golongan faqir dan yang memerlukan.
Apabila khalifah sampai di bandar pertama, beliau bertanya untuk mengetahui nama-nama golongan miskin. terdapat nama gabenor Madinah di antara nama-nama tersebut. Khalifah berasa hairan dengan keadaan tersebut dan mengarahkan gabenur untuk menghadirkan dirinya dan khalifah menyoal gabenor itu.
Adakah anda faqir dan anda menerima gaji yang tinggi?
Saya menyerahkan gaji saya kepada faqir-faqir miskin bandar untuk menghalang mereka kelaparan dan tiada baki dari gaji itu.
Khalifah berpuas hati terhadap perbuatan gabenur bandar itu dan menggandakan gaji bulanannya, dan khalifah berbuat baik kepada golongan faqir.

Terjemahan kali kedua😊
Pada suatu hari, khalifah telah memberitahu menterinya bahawa beliau ingin membuat lawatan ke bandar-bandar dalam negara.
Khalifah ingin mengetahui keadaan penduduk dalam usaha untuk membantu golongan faqir dan yang memerlukan.
Apabila khalifah sampai di bandar pertama, beliau bertanya untuk mengetahui nama-nama golongan miskin. terdapat nama gabenor Madinah di antara nama-nama tersebut. Khalifah berasa hairan dengan keadaan tersebut dan mengarahkan gabenur untuk menghadirkan dirinya dan khalifah menyoal gabenor itu.
Adakah anda faqir sedangkan anda menerima gaji yang tinggi?
Saya menyerahkan gaji saya kepada faqir-faqir miskin bandar untuk mengelakkan mereka kelaparan dan tiada baki dari gaji itu.
Khalifah berpuas hati terhadap perbuatan gabenur bandar itu dan menggandakan gaji bulanannya, dan khalifah berbuat baik kepada golongan faqir.

CATATAN
الوالي
Perkataan ini boleh diterjemahkan kepada beberapa makna seperti gabenor, pemerintah dan wali.

جولة
Perkataan ini pada kebiasaannya dedifinisikan sebagai melancong. Namun di dalam teks ini tidak bersesuaian khalifah melancong untuk melihat keadaan penduduknya. Oleh itu melancong ditukarkan kepada 'mengadakan lawatan'.

لأمنع
Perkataan ini pula secara jelasnya bermaksud menghalang tetapi di dalam konteks ini tidak bersesuaian untuk menggunakan perkataan menghalang, oleh itu perkataan yang paling sesuai adalah mengelakkan.
'Saya menyerahkan gaji saya kepada golongan faqir di bandar ini untuk (menghalang/mengelakkan) mereka kelaparan.'

هل انت فقير و أنت تأخذ راتبا عليا؟

Perkataan و kebiasaanya membawa makna ‘dan’. Namun di dalam konteks ayat ini adalah tidak bersesuaian kerana kedua-dua ayat sebelum dan selepas و mempunyai maksud yang kontra. Oleh itu perkataan و atau ‘dan’ itu ditukarkan dengan perkataan 'sedangkan'.  

-Cik Nurul Syafina binti Rosman (A161833) 💘-

PROSES TERJEMAHAN











Assalamualaikum w.b.t, post kali ini Cik Penterjemah ingin berkongsikan berkenaan  proses yang dilalui semasa menterjemah teks kepada bahasa sasaran.
1.      ANALISIS (BACA & FAHAM)
·         Proses berlaku dalam fikiran penterjemah.
·         Melibatkan pencarian makna: kotak memori / kamus.
·         Makna:
        Perkataan
        Ayat
        Seluruh wacana
·      Pelbagai ciri istimewa bahasa sumber:
        Idiom / Peribahasa

2.      PROSES PEMINDAHAN
-          Paling penting dalam proses penterjemahan.
-          Perlu mencari padanan terjemah yang sesuai / sepadan / sejadi.
-          Proses batin: berlaku dalam fikiran penterjemah.
-          Dipindahkan ke bentuk bahasa sasaran.
-          Ada kalanya berlaku sedikit pemincangan makna dan konotasi.


3.      MENSTRUKTUR SEMULA
-          Teks perlu distruktur semula mengikut struktur bahasa sasaran.
-          Gaya memainkan peranan penting.
-          Gaya bahasa yang digunakan hendaklah memudahkan pembaca memahami teks terjemahan itu dengan mudah.
-          Struktur ayat hendaklah mudah dan ringkas.
-          Ayat hendaklah jelas.
-          Tanda baca perlu digunakan dengan betul / baik.

4.      PROSES MEMERIKSA
-          Boleh dilakukan sendiri.
-          Penterjemah bersemuka dengan pakar bidang.
-          Baca teks dengan suara lantang, secara bersemuka dengan orang lain.
-          Periksa dari segi ketepatan terjemah.
-          Tugas yang sukar.

5.      MENYEMAK
-          Siapa penyemak??? (bukan penterjemah teks sendiri)
-          Tugas pemeriksa & Penyemak kerap kali bertindan.
-          Teks terjemahan dianggap sebuah teks yang berdiri sendiri.
-          Satu cara untuk menyesuaikan teks terjemahan dengan kehendak pembaca sasaran.

6.      MENYUNTING
-          Bukan sebahagian daripada proses terjemahan sebenarnya, tetapi ia penting.
-          Teks perlu disunting bagi:
o   Membuang bahan yang tidak perlu.
o   Mewujudkan gaya yang seragam sekiranya teks itu diterjemahkan oleh ramai orang.
Oleh itu, diingatkan bahawa semua proses perlu difahami dengan baik agar tugas-tugas penterjemahan dapat dilakukan dengan sempurna dan berkesan. Memeriksa, menyemak, dan menyunting ibarat penjamin kualiti bagi faedah dan kegunaan pembaca sasaran. SELAMAT MENTERJEMAH!! ^_^

Oleh: Cik Noorhaidatul Najiha binti Idris (A161831)💘

Monday, May 8, 2017

CIRI-CIRI PENTERJEMAH YANG BAIK ;)

Assalamualaikum sahabat-sahabat  cik penterjemah semua 😗

InshaAllah hari ini cik penterjemah nak berkongsi dengan sahabat semua mengenai ciri-ciri penterjemah yang baik dan bagaimana untuk kita menjadi penterjemah yang bagus😊

Ciri-ciri Penterjemah

Seperti yang kita semua tahu bahawa kerjaya sebagai penterjemah bukan hanya menterjemah semata-mata tetapi setiap ilmu yang diterjemahnya itu akan menjadi rujukan kepada orang lain. Jadi, untuk menjadi penterjemah yang baik dan diterima ramai, perlulah seseorang yang berkeinginan menjadi penterjemah itu memiliki ciri-ciri tersebut :

1. Mengetahui bahasa sumber

- Bahasa sumber ialah bahasa asal yang akan diterjemahkan kepada bahasa sasaran dan seseorang penterjemah itu mestilah mnegetahui secara mendalam mengenai  bahasa sumber. Penterjemah itu juga haruslah mnegetahui selok bahasa, keistimewaan dan keganjilan bahasa tersebut supaya dia dapat memahami makna yang terkandung dalam teks asal. Oleh itu, barulah penterjemah tersebut dalam menterjemah dengan baik.

2. Mengetahui bahasa sasaran

- Bahasa sasaran ialah bahasa yang akan diterjemahkan daripada teks asal. Dalam erti kata lain, bahasa sasaran ialah bahasa kedua. Mengikut pakar penterjemah, selain daripada menguasai bahasa sumber dengan baik, penterjemah mestilah menguasai bahasa sasaran dengan lebih baik lagi.

3. Berpengetahuan luas dalam bidang yang ingin diterjemah

- Untuk memastikan setiap makna dan maklumat daripada teks asal dapat diterjemahkan dengan tepat ke dalam bahasa sasaran, penterjemah itu mestilah mengetahui bidang yang ingin diterjemahkan itu dengan lebih mendalam. Penguasaan bahasa yang baik tidak mencukupi untuk menjadi penterjemah yang baik tetapi pengetahuan yang luas dalam sesuatu bidang contohnya seperti sains, undang-undang dan lain-lain juga penting dalam proses menterjemah.

4. Mengetahui teori dan amalan terjemahan

- Bidang penterjemahan ini telah melahirkan teori dan kaedah ilmiahnya secara tersendiri. Oleh itu, adalah sangat penting bagi setiap penterjemah melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan dalam teori dan amalan sebelum memulakan aktiviti penterjemahan.


Alhamdulillah..selesai sudah perkongsian cik penterjemah kepada sahabat-sahabat hari ini. InshaAllah lepas ni bolehlah kita semua berusaha untuk menjadi penterjemah yang baik.🌺

🌼Nur Kamariah bt. Ahmad A161830🌼