Monday, May 8, 2017

CIRI-CIRI PENTERJEMAH YANG BAIK ;)

Assalamualaikum sahabat-sahabat  cik penterjemah semua 😗

InshaAllah hari ini cik penterjemah nak berkongsi dengan sahabat semua mengenai ciri-ciri penterjemah yang baik dan bagaimana untuk kita menjadi penterjemah yang bagus😊

Ciri-ciri Penterjemah

Seperti yang kita semua tahu bahawa kerjaya sebagai penterjemah bukan hanya menterjemah semata-mata tetapi setiap ilmu yang diterjemahnya itu akan menjadi rujukan kepada orang lain. Jadi, untuk menjadi penterjemah yang baik dan diterima ramai, perlulah seseorang yang berkeinginan menjadi penterjemah itu memiliki ciri-ciri tersebut :

1. Mengetahui bahasa sumber

- Bahasa sumber ialah bahasa asal yang akan diterjemahkan kepada bahasa sasaran dan seseorang penterjemah itu mestilah mnegetahui secara mendalam mengenai  bahasa sumber. Penterjemah itu juga haruslah mnegetahui selok bahasa, keistimewaan dan keganjilan bahasa tersebut supaya dia dapat memahami makna yang terkandung dalam teks asal. Oleh itu, barulah penterjemah tersebut dalam menterjemah dengan baik.

2. Mengetahui bahasa sasaran

- Bahasa sasaran ialah bahasa yang akan diterjemahkan daripada teks asal. Dalam erti kata lain, bahasa sasaran ialah bahasa kedua. Mengikut pakar penterjemah, selain daripada menguasai bahasa sumber dengan baik, penterjemah mestilah menguasai bahasa sasaran dengan lebih baik lagi.

3. Berpengetahuan luas dalam bidang yang ingin diterjemah

- Untuk memastikan setiap makna dan maklumat daripada teks asal dapat diterjemahkan dengan tepat ke dalam bahasa sasaran, penterjemah itu mestilah mengetahui bidang yang ingin diterjemahkan itu dengan lebih mendalam. Penguasaan bahasa yang baik tidak mencukupi untuk menjadi penterjemah yang baik tetapi pengetahuan yang luas dalam sesuatu bidang contohnya seperti sains, undang-undang dan lain-lain juga penting dalam proses menterjemah.

4. Mengetahui teori dan amalan terjemahan

- Bidang penterjemahan ini telah melahirkan teori dan kaedah ilmiahnya secara tersendiri. Oleh itu, adalah sangat penting bagi setiap penterjemah melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan dalam teori dan amalan sebelum memulakan aktiviti penterjemahan.


Alhamdulillah..selesai sudah perkongsian cik penterjemah kepada sahabat-sahabat hari ini. InshaAllah lepas ni bolehlah kita semua berusaha untuk menjadi penterjemah yang baik.🌺

🌼Nur Kamariah bt. Ahmad A161830🌼







No comments:

Post a Comment