Pada post kali ini kami akan berkongsi mengenai cara menterjemah cerita pendek.
GABENOR YANG FAQIR
TEKS ASAL
TERJEMAHAN
Terjemahan kali pertama😀
Pada suatu hari, khalifah telah memberitahu menterinya bahawa
beliau ingin membuat lawatan ke bandar-bandar dalam negara.
Khalifah ingin mengetahui keadaan penduduk dalam usaha untuk
membantu golongan faqir dan yang memerlukan.
Apabila khalifah sampai di bandar pertama, beliau bertanya untuk mengetahui nama-nama golongan miskin.
terdapat nama gabenor Madinah di antara nama-nama tersebut. Khalifah berasa
hairan dengan keadaan tersebut dan mengarahkan gabenur untuk menghadirkan
dirinya dan khalifah menyoal gabenor itu.
Adakah anda faqir dan anda
menerima gaji yang tinggi?
Saya menyerahkan gaji saya kepada faqir-faqir miskin bandar untuk menghalang mereka kelaparan dan tiada baki dari
gaji itu.
Khalifah berpuas hati terhadap perbuatan gabenur bandar itu dan
menggandakan gaji bulanannya, dan khalifah berbuat baik kepada golongan faqir.
Terjemahan kali kedua😊
Pada suatu hari, khalifah telah memberitahu menterinya bahawa
beliau ingin membuat lawatan ke bandar-bandar dalam negara.
Khalifah ingin mengetahui keadaan penduduk dalam usaha untuk
membantu golongan faqir dan yang memerlukan.
Apabila khalifah sampai di bandar pertama, beliau bertanya untuk mengetahui nama-nama golongan miskin.
terdapat nama gabenor Madinah di antara nama-nama tersebut. Khalifah berasa
hairan dengan keadaan tersebut dan mengarahkan gabenur untuk menghadirkan
dirinya dan khalifah menyoal gabenor itu.
Adakah anda faqir sedangkan
anda menerima gaji yang tinggi?
Saya menyerahkan gaji saya kepada faqir-faqir miskin bandar untuk mengelakkan mereka kelaparan dan tiada baki dari
gaji itu.
Khalifah berpuas hati terhadap perbuatan gabenur bandar itu dan
menggandakan gaji bulanannya, dan khalifah berbuat baik kepada golongan faqir.
CATATAN
الوالي
Perkataan ini boleh diterjemahkan kepada beberapa makna seperti
gabenor, pemerintah dan wali.
جولة
Perkataan ini pada kebiasaannya dedifinisikan sebagai melancong.
Namun di dalam teks ini tidak bersesuaian khalifah melancong untuk melihat
keadaan penduduknya. Oleh itu melancong ditukarkan kepada 'mengadakan lawatan'.
لأمنع
Perkataan ini pula secara jelasnya bermaksud menghalang tetapi di
dalam konteks ini tidak bersesuaian untuk menggunakan perkataan menghalang,
oleh itu perkataan yang paling sesuai adalah mengelakkan.
'Saya menyerahkan gaji saya kepada golongan faqir di bandar ini
untuk (menghalang/mengelakkan) mereka kelaparan.'
هل
انت فقير و أنت تأخذ راتبا عليا؟
Perkataan و kebiasaanya membawa
makna ‘dan’. Namun di dalam konteks ayat ini adalah tidak bersesuaian kerana kedua-dua
ayat sebelum dan selepas و mempunyai maksud yang
kontra. Oleh itu perkataan و atau ‘dan’ itu
ditukarkan dengan perkataan 'sedangkan'.
-Cik Nurul Syafina binti Rosman (A161833) 💘-
No comments:
Post a Comment