Assalamualaikum w.b.t , post kami pada kali ini adalah berkaitan dengan jenis dan kaedah terjemahan .Jenis terjemahan ini secara umumnya terbahagi kepada dua bahagian iaitu terjemahan tulisan dan terjemahan lisan .
Ciri-ciri terjemahan :
1) Terjemahan Tulisan
- dilakukan secara bertulis
- penterjemah masih berkesempatan membaiki kesilapan terjemah yang dilakukan
-kefasihan berbicara tidak menjadi syarat yang mutlak
-penguasaan bahasa sumber dan bahasa sasaran yang pasif pun tidak menjadi syarat yang mutlak
-penguasaan bahasa sumber dan bahasa sasaran yang pasif pun tidak menjadi hambatan untuk menjadi penterjemah tulisan yang baik
2) Terjemahan Lisan
-dilakukan secara lisan
-dilakukan secara langsung ,cepat dan tepat
-tidak boleh berhenti walaupun sekejap untuk membaiki unsur-unsur bahasa atau ujaran yang salah atau yang tidak tepat benar padanan terjemahannya
-penterjemah disyaratkan berkemampuan berbicara yang lancar dan fasih dalam bahasa sumber dan bahasa sasaran
-perlu berpengetahuan luas
-mampu mentafsirkan apa sahaja yang diujarkan
-dikenali sebagai interpreter
-perlu menjalani latihan yang panjang dan perlu mencari pengalaman yang berterusan
-perlu menjadi pentafsir yang mahir
yang demikian adalah ciri-ciri terjemahan tulisan dan penulisan.Antara ciri-ciri kedua-duanya kita dapat lihat perbezaan untuk menjadi penterjemah tulisan atau penulisan.Bagi pendapat saya terjemahan tulisan lebih mudah kerana kita dapat membaiki lagi kesalahan terjemah yang kita lakukan .Tetapi terjemahan lisan kita perlu lebih lancar dan berpengetahuan luas dalam bidang penterjemah dan kita perlu menjalani latihan yang panjang untuk menjadi terjemahan lisan ini.Setakat ini sahaja perkongsian kami pada hari ini .Terus bersama kami untuk next post akan datang .Terima kasih bagi yang sudah membaca 😊
Cik Siti Shahidah binti Ruzlan
A161832
No comments:
Post a Comment