Sunday, June 18, 2017

TEKA SILANG KATA

Assalamualaikum .. pada post kali ini mari bersama-sama cik penterjemah menyelesaikan teka silang kata berkaitan terjemahan. Kesemua jawapan ada pada post-post yang telah dikongsikan. Jom jawab bersama!!!!



Saturday, June 17, 2017

PADANAN TERJEMAHAN

Assalamualaikum 😍

KONSEP TERJEMAHAN

Melalui konsep penterjemahan yang dikemukakan oleh Catford (1965), Nida (1964) dan Newmark (1981), dapatlah disimpulkan bahawa penterjemahan sebenarnya ialah

‘Kerja mencari padanan yang paling tepat dan sesuai dengan makna asalnya bagi kata-kata dalam teks sumber agar makna asalnya berjaya disampaikan kepada pembaca teks sasaran’
KONSEP PADANAN

   Mencari padanan yang betul-betul tepat antara dua bahasa dianggap sesuatu yang mustahil untuk direalisasikan.
       Mencari padanan merupakan masalah utama teori terjemahan.
      Setiap hasil penterjemahan dianggap sebagai refleksi daripada pencarian padanan dalam proses penterjemahan.

PADANAN TERJEMAHAN

       Penggunaan istilah padanan terjemahan ini diterima pakai dalam ilmu sains penterjemahan setelah ia dipinjam daripada ilmu matematik atau ilmu logik (Wills 1982) sebagai satu usaha untuk mendapatkan satu terminologi yang lebih berotonomi.

    Orang pertama yang menggunakan konsep padanan dalam kerangka ilmu sains terjemahan ialah Jakobson (1959) melalui artikelnya On linguistik aspect of translation.

TERDAPAT BEBERAPA JENIS PADANAN YANG DIPERKENALKAN OLEH SARJANA:

PADANAN FORMAL

     Penterjemah berusaha sedaya upaya menghasilkan semula bentuk dan isi secara literal dan menepati makna sebagaimana yang diniatkan oleh penulis asal.
     Penterjemah akan menghasilkan semula beberapa elemen formal termasuk unit tatabahasa, keselarian dalam penggunaan perkataan dan pengekalan makna mengikut konteks bahasa sumber.
      Sebagai contoh: kata nama diterjemahkan ke bentuk kata nama, kata kerja diterjemahkan ke bentuk kata kerja dan seterusnya.
     Selain itu, kedudukan ungkapan, frasa dan ayat dikekalkan seperti yang terdapat dalam teks asal tanpa diubah susunan dan bentuknya.
       Pemeliharaan semua petunjuk formal seperti tanda baca, pembahagian perenggan dan penanda puisi juga dititikberatkan dalam padanan ini.
       Padanan formal memberi tumpuan kepada indeks pengistilahan bagi tujuan keselarian dalam penggunaan perkataan – bermaksud menterjemah istilah tertentu drp bsum dgn istilah yg sama drp bsas.
    Kesannya, hasil terjemahan kelihatan janggal, tidak membawa makna atau hilang keaslian terjemahan, kerap kali memerlukan nota kaki utk lebih difahami.

PADANAN DINAMIS

       Mementingkan reaksi dan penerimaan pembaca sasaran.
       Penterjemah tidak terikat dengan bentuk teks asal.
       Hasil terjemahan mempunyai bentuknya yang tersendiri.
       Lebih cenderung kepada bentuk dan struktur bahasa sasaran.
   Tujuan utama: menyampaikan mesej teks sumber kepada pembaca sasaran dengan sebaik-baiknya.
     Tidak memaksa pembaca sasaran memahami budaya dan konteks teks asal untuk memahami mesej yang ingin disampaikan.
       Perkara yang amat dipentingkan ialah makna dan maksud yang terkandung dalam teks asal.
       Untuk menghasilkan terjemahan yang bersifat dinamik, penterjemah perlu:
   Membuat pengubahsuaian dalam aspek tatabahasa – ubah susunan perkataan, tukar bentuk kata daripada kata nama kepada kata kerja misalnya.
       Penyesuaian leksikal ada kalanya diperlukan.
       Menyesuaikan unsur anakronisme atau sesuatu yang ketinggalan zaman dengan sebaik mungkin

PADANAN SEJADI YANG TERDEKAT

      Padanan sejadi yang terdekat dari segi makna dan stail/gaya.
       Beliau menggariskan:
     Padanan bukan keserupaan – hanya maklumat yang sama disalin, bukan maklumat yang serupa.
       Terpaksa melakukan penyesuaian dari segi tatabahasa dan leksikal.
       Gaya masih dikekalkan – gaya puisi cthnya.
       Padanan yang sejadi dirumuskan sebagai hasil terjemahan apabila dibaca seolah-olah ia ditulis dalam bahasa sasaran dan tidak terikat dengan bentuk-bentuk bahasa sumber, bahkan terdapat pembaharuan terhadap unsur-unsur lama atau klasik.

JENIS PADANAN TERJEMAHAN YANG DIKEMUKAKAN OLEH SARJANA

NIDA
AINON MOHD

       satu lawan satu
       satu lawan banyak
       banyak lawan satu
       satu lawan tiada


       Terdekat tetapi tidak sejadi – pulut kuning dipadankan dengan yellow rice.

       Sejadi tetapi tidak terdekat – doctor dan tabib (konotasi negatif pada orang Melayu).


KESIMPULAN

       Oleh sebab terdapat masalah untuk mencari padanan yang terdekat dan sejadi, terutamanya dari sudut makna, maka penterjemah seharusnya bertindak mencari padanan yang sesuai dengan kehendak pembaca sasaran.

       Sekiranya padanan itu sukar dicari, dia perlu bertindak positif dengan mencari kaedah-kaedah tertentu bagi menyelesaikan masalah tersebut.


       Apa yang diharapkan ialah hasil terjemahan seharusnya tidak berbau terjemahan apabila dibaca tetapi seolah-olah ditulis terus ke dalam bahasa sasaran.

-Cik Nurul Syafina binti Rosman (A161833)💘-

Wednesday, June 14, 2017

TERJEMAHAN PUISI

Assalamualaikum pada post kali ini cik penterjemah ingin berkongsikan sedikit informasi mengenai terjemahan puisi 😁.

Terjemahan puisi merupakan terjemahan berbentuk sastera yang sarat dengan emosi serta dipengaruhi oleh intonasi.

Seseorang penterjemah puisi perlu mempunyai kelayakan yang baik bagi melayakkannya menterjemah sesuatu puisi itu. Disamping memenuhi syarat kelayakan penterjemah yang asas beliau juga mestilah mempunyai beberapa ciri penting sebagai contoh

  • ·        Mempunyai ilmu serta bakat kesusasteraan yang tinggi
  • ·        Meminati karya-karya sastera
  • ·    Seorang yang gigih serta kreatif kerana penterjemah puisi perlu membacanya berulang kali ayat demi ayat dan memerlukan kepada pengolahan ayat sendiri.


Terjemahan puisi terbahagi kepada 2 iaitu
  • ·        Puisi kepada prosa

    Bagi penterjemah yang bukan menguasai serta kurang mahir dalam bidang sastera,             maka ia akan menghasilkan terjemahan yang berbentuk ayat biasa bukan berbentuk             sastera.
  • ·        Puisi kepada puisi

     Bagi penterjemah yang mahir dalam bidang sastera


CONTOH TERJEMAHAN PUISI ARAB KE BAHASA MELAYU



Usah Kau Sangkal


Kau kasihkandaku sayangku
Kau kasihkandaku usah kau sangkal

Jangan dakwa bagimuu
Cinta tak terlintas fikiran

Atau kalbumu ketandusan cinta
Penyair pencinta

Lahirkan cinta jangan malu
Kerana ia bukan mungkar

Tidak aib
Malah rasa hati yang suci

Tidakkah atiqah mengisytiharkan
Cintanya pada Qusyair

Tidakkah Busaynah
Menjelaskan yang tersembunyi pada Jamil?

Usah kau sembunyi cinta yang memang ketara
Mata kita tak melindung

Lahirkan cinta kerana

Betapapun kau pendam keharumannyakan semerbak



   Kesimpulannya, seseorang penterjemah yang mempunyai kelayakan tertentu sahaja mampu menterjemah puisi dengan baik dan memenuhi segala aspek serta unsur sasteranya, 

-Cik Nurul Syafina binti Rosman A161833💘-

TERJEMAHAN FUNGSI AYAT (BAHAGIAN 2)

SUDUT BAHASA ARAB

Ada beberapa cara untuk membahagikan ayat:

1.       Pembahagian berdasarkan tujuan atau maksud penutur, iaitu:

§  Apa yang dimaksudkan oleh penutur?
§  Adakah dia mahu memberi maklumat atau meminta maklumat?
§  Adakah dia mahu memberi arahan atau menunjukkan rasa kagum atau takjub kepada sesuatu?

 Pembahagian ini boleh kita panggil pembahagian nafsi atau al-tasnif al-nafsi.

2.    Pembahagian berdasarkan srtuktur ayat.

§  Adakah ayat itu ayat ringkas/tunggal atau ayat kompleks?
§   Adakah kata kerja di dalam ayat itu satu sahaja ataupun lebih?
§  Adakah terdapat dalam ayat itu ayat pancangan?
§  Adakah dalam ayat itu terdapat huruf `ataf?

Pembahagian berdasarkan perkara ini boleh dipanggil al-tasnif al-tarkibi.

3.    Pembahagian berdasarkan permulaan ayat.

§  Apa jenis perkataan yang ada di permulaan ayat?
§  Adakah perkataan itu kata kerja atau kata nama?

Pembahagian jenis ini dipanggil al-tasnif al-awwali.

Berdasarkan tujuan penutur, ayat bahasa Arab dibahagikan kepada:

¢  Ayat maklumat ( jumlah ikhbariyah ), iaitu ayat yang digunakan oleh penutur untuk memberitahu sesuatu maklumat, mengungkapkan tentang perasaan, pendapat atau persetujuannya. Contoh:



¢  Jumlah istifhamiyah, iaitu ayat yang digunakan untuk bertanya atau menyolal tentang sesuatu perkara, seperti bertanya tentang seseorang, tempat, masa dan sebagainya. Contoh:



¢  Ayat takjub , iaitu ayat yang digunakan untuk menunjukkan rasa kagum atau takjub. Contoh:

ما أجمل هذه الشجرة؟
¢  Ayat suruhan atau permintaan , iaitu ayat yang digunakan untuk menyuruh atau meminta seseorang melakukan sesuatu. Contoh:
إفتح الباب. -                  نم مبكرا. -

Ayat-ayat Bahasa Arab tidak boleh semata-mata dibahagikan kepada jenis-jenis itu sahaja, bahkan ada kalanya ayat Tanya/soalan mengandungi fungsi lain, seperti menyatakan atau memberitahu sesuatu. Ada kalanya ayat Tanya mengandungi fungsi suruhan, ayat takjub mengandungi maksud menyatakan juga. Lihat contoh-contoh yang berikut:

لماذا تأخر الطبيب؟
-          Di sini ada soalan mengenai sebab kelewatannya, tetapi pada masa yang sama ayat ini mengkhabarkan kepada pendengar bahawa tabib itu lewat ( istifham + ikhbar ).

ألا يمكن أن تفتح النافذة؟
-          Di sini ada istifham, tetapi pada masa yang sama ayat ini juga mengandungi permintaan secara beradab. ( istifham + talab )
ما أجمل السيارة!
-          Kagum dan menceritakan kereta itu cantik.  ( ta`ajjub + ikhbar )

Akhir sekali, semasa menterjemah fungsi ayat perlu diberi perhatian yang sewajarnya agar makna yang dikehendaki oleh teks asal dapat dipindahkan kepada bahasa sasaran dengan baik dan tepat. Bentuk ayat ada kalanya berubah, walapun seboleh mungkin, bentuk juga perlu dikekalkan dalam  terjemahan. SEKIAN, TERIMA KASIH. ^_^

Oleh: Cik Noorhaidatul Najiha binti Idris (A161831)💘

TERJEMAHAN FUNGSI AYAT (BAHAGIAN 1)

Assalamualaikum, Salam Ramadan Kareem!!!!

Nampaknya post Cik Penterjemah yang semalam masih freshhh segar-bugar lagi untuk tatapan pembaca semua *huhu* tapi sudah kembali dengan post yang baru??? Eh?? Baiklah ini semua kerana ilmu. Kita haruslah terus berkongsi~~~benaran tidak??? *Baiklah berhenti makan kerepek dan merepek*. Cik Penterjemah ingin teruskan dengan post baru kami. (yeah!! -selamat menghadammm)


Pertama sekali penting untuk kita memahami teori berkaitan Fungsi Ayat di mana terbahagi kepada dua perkara iaitu: 
FUNGSI

BENTUK
 





o   Contoh:Ayat Boleh ambilkan saya secawan teh ?
¾     Bentuk: Ayat Tanya/pertanyaan
¾     Fungsi: Suruhan
o   Contoh: Siapa kata saya penakut ?
¾     Bentuk: Tanya
¾     Fungsi: Cabaran
Ketika menterjemah, penterjemah menyalin semula makna, bukan menyalin semula bentuk. Salah satu kesilapan terjemahan: penterjemah tidak menyedari bahawa bentuk ayat yang sama mungkin mempunyai fungsi dan makna yang sangat berbeza. Fungsi ayat ditentukan oleh makna ayat. Sudut makna ayat terbahagi kepada tiga jenis, iaitu ayat maklumat (informatif), ayat perasaan (emotif) dan ayat arahan (imperatif).

v  Ayat Maklumat
Menterjemahkan ayat maklumat adalah yang paling mudah. Paling banyak diterbitkan baik dalam bahasa lisan mahupun tulisan. Fungsi bahasa yang paling penting ialah sebagai penghantar maklumat. Tujuan ayat maklumat ialah untuk memberitahu sesuatu.

AYAT MAKLUMAT

v  Ayat Arahan
Mempunyai cara tersendiri untuk menyampaikan sesuatu suruhan ataupun perintah. Ayat arahan ialah jenis kedua yang banyak diterbitkan oleh manusia. Terdapat dalam pelbagai jenis dokumen (dokumen undang-undang, teks sains, label pada kotak ubat, manual barangan pengguna hinggalah ke buku resipi dan sebagainya).

Sebagai contoh:

Dalam Bahasa Inggeris bentuk ayat yang pada zahirnya kelihatan seperti pertanyaan mungkin maksudnya ialah suruhan, seperti pada ungkapan-
-          Can you open the door, John?  (Ayat ini ialah ayat suruhan, bukan ayat soalan)
Oleh itu terjemahan yang betul ialah Tolong bukakan pintu itu, John, bukannya Bolehkan awak buka pintu itu, John?

AYAT ARAHAN

v  Ayat Perasaan
Dalam kajian makna, perasaan ialah sejenis makna. Wajib disalin semula dalam terjemahan. Merupakan sejenis ayat yang sukar diterjemahkan. Antara puncanya ialah setiap bahasa mempunyai pelbagai perkataan emotif sendiri.  Ayat perasaan menggambarkan perasaan yang dialami oleh seseorang. Tidak mengandungi maklumat dan tidak bermaksud menghendaki orang lain melakukan sesuatu. Ciri utama perasaan ialah nada atau intonasi suara yang mengiringi pengucapan ayat-ayat itu.


CONTOH AYAT PERASAAN


Berikut maklumat perkongsian Terjemahan Fungsi Ayat dari sudut Bahasa Melayu. Bakal bersambung dengan bahagian kedua untuk melihat bagaimana pula dari sudut Bahasa Arab. 

-oleh : Cik Noorhaidatul Najiha binti Idris (A161831)💘

Monday, June 12, 2017

MENTERJEMAH KATA GANTI NAMA

Assalamualaikum wbt .Pada hari ini saya ingin berkongsi tentang menterjemah kata ganti nama .
Sebelum itu mari kita kenal dulu apa itu kata ganti nama,

Definisi : 

kata ganti nama adalah kata yang digunakan untuk menggantikan kata nama lain seperti kata ganti nama diri untuk menunjukkan orang ,misalnya dia, saya, kamu.

Kata Ganti Nama Arab terbahagi kepada dua jenis iaitu Bariz ( nyata) dan Mustatir ( tersembunyi) :

1) Bariz 

- Munfasil (terpisah) 
-Muttasil (bersambung) 

2) Mustatir 

-Wajib al- Istirar 
-Jaiz al-Istitar 

Kata Ganti Nama juga terbahagi kepada lelaki ( mudhakkar) dan perempuan ( Mu'annath) :




Dalam gambar di atas kita dapat lihat kata ganti nama yang di pecahkan sama ada mudhakkar atau mu'annath .Kata ganti nama mudhakkar kita akan gunakan ketika ingin menunjukkan orang samada dia,saya,kamu dan sebagainya ,begitu juga kata nama bagi mu'annath juga kita akan gunakan ketika ingin gantikan nama seseorang.


Di sini saya sertakan sekali comtoh menterjemah bagi kalimah" أنا " ;

- أنا أحترم الكبير 

padanan" أنا" : saya , aku , beta , patik , hamba. 

Terjemahannya : 

 saya, aku , beta ,patik ,hamba (lelaki/perempuan) menghormati orang tua.


bagi kalimah" أنت " : 

- أنت تحترم الكبير 

Terjemahannya : 

 Awak/kamu/anda/engkau/anda (lelaki ) menghormati orang tua .


saya harap contoh2 diatas dapat difahami ,setakat sini sahaja perkongsian saya berkenaan dengan kata ganti nama .Sekian dan jumpa lagi 👋

(siti shahidah binti ruzlan A161832)