Thursday, June 1, 2017

MENTERJEMAH KATA NAMA KHAS

Assalamualaikum, salam Ramadan sekalian anak2 *ehh. Baiklah kali ni Cik Penterjemah akan berkongsi sedikit ilmu berkenaan perkara penting dalam menterjemah yang perlu ditekankan. Kita dalam menterjemah bahan Ilmiah tidak akan lari dalam menterjemah perkataan-perkataan berbentuk Kata Nama Khas, betul tak?? Berikut apa yang perlu kita beri penelitian ketika menterjemah. Selamat menghadam~~~

DEFINISI: (KNK: KATA NAMA KHAS) 

 Merujuk kepada rujukan yang khusus sama ada orang, haiwan, institusi, undang-undang, bangsa, bahasa, dan seumpamanya. Dalam tulisan bahasa Melayu (BM), huruf pertama ditulis dengan huruf besar. Kategori KNK dalam bidang terjemahan boleh dikategorikan kepada pelbagai kumpulan mengikut kumpulan dan objektif sesuatu kajian.
                 
           Menterjemah KNK tidak harus dipandang mudah kerana ia mempunyai makna yang tersendiri. Kata Nama Khas terkandung sesuatu maklumat yang tidak dapat dilihat secara tersurat. Merujuk kepada fungsi dan makna tertentu – perlu difahami berdasarkan budayanya.

Contoh: Pak Pandir dalam BM dan Hatim al-Ta’i dalam bahasa Arab (BA).

    NEWMARK (1988): Perbezaan antara KNK dengan istilah budaya adalah walaupun KNK dengan istilah budaya merujuk kepada orang, benda atau proses sesuatu komuniti etnik, KNK hanya mempunyai satu rujukan sahaja sedangkan istilah budaya merujuk kelas-kelas entiti.

Menurut Newmark, secara teorinya nama orang atau objek berada di luar bahasa dan tidak mempunyai makna, maka ia tidak boleh diterjemahkan.
Secara umumnya, nama orang tidak diterjemahkan, hanya dipindahkan ke bahasa sasaran.

    Kata nama khas (bahasa Arab) seperti علي (Ali), محمد (Muhammad), فاطمة (Fatimah) dan زينب (Zainab) tidak perlu diterjemahkan, tetapi ada dua perkara penting yang perlu diambil kira, iaitu:

    Menukarkan huruf Arab kepada huruf Rumi.
    Memulakan setiap perkataan dengan huruf besar.

    Sekiranya kata nama khas itu ada padanannya dalam bahasa asing, seperti bahasa Inggeris, penterjemah perlu tahu memilih padanan yang sesuai dalam bahasa Melayu.

    Contohnya:

الإسكندر الأكبر (BA)   Alexander The Great (BI)         Iskandar Yang Agung (BM);
داود (BA)       David (BI)    Daud (BM)
    Kata nama khas yang mempunyai makna tidak boleh diterjemahkan sama sekali. Kalau penterjemah melakukan juga, bermakna dia telah melakukan kesalahan yang berat.

Contoh: Longman (BI) menjadi لونجمان (BA) bukannya رجل طويل dan Longman (BM).

Akan bersambung...wassalamualaikum ^_^


Oleh: Cik Noorhaidatul Najiha binti Idris (A161831)💘

No comments:

Post a Comment