Tuesday, June 6, 2017

MENTERJEMAH PERIBAHASA

Assalamualaikum, pada post kali ini cik penterjemah ingin berkongsi mengenai tips menterjemah peribahasa.๐Ÿ˜„



PERIBAHASA ARAB
PERIBAHASA MELAYU
JENIS PERIBAHASA
al-Mathal al-mujaz
peribahasa yang ringkas
PERUMPAMAAN
perbandingan makna yang sangat jelas dan terang
al-Mathal al-qiyasiy
cerita atau kesah yang selalu disebut untuk menerangkan sesuatu perkara, atau untuk menjadi bukti kepada sesuatu perkara, dibuat melalui perbandingan atau perumpamaan yang biasanya didasarkan kepada perbandingan dan qiyas
BIDALAN
peribahasa yang dicipta untuk memberi nasihat dan tunjuk ajar
al-Mathal al-khurafiy
peribahasa yang dibina oleh bangsa Arab mengikut bahasa binatang, atau ia dibina berdasarkan cerita-cerita khurafat yang tersebar luas di sekeliling mereka
SIMPULAN BAHASA
ungkapan yang biasanya terdiri daripada dua atau tiga perkataan dan mempunyai makna yang berlainan sama sekali daripada  makna asal yang dibawa oleh perkataan-perkataan tersebut
PEPATAH
ungkapan yang berasal-usul daripada pusaka adat resam

Terdapat teknik menterjemah peribahasa

1)      Peribahasa sumber digantikan dengan peribahasa yang seerti dalam bahasa sasaran
2)      Menggunakan teknik pinjam terjemah
3)      Teknik memperjelas makna
4)  Proses gantian peribahasa (ungkapan tidak figuratif digantikan dengan peribahasa atau ungkapan yang figuratif)

Tips menterjemah peribahasa bagi mengelakkan kesalahan๐Ÿ˜–

´  Bertanya terus kepada penutur asli bahasa sumber.
´  Bertanya kepada orang yang pernah tinggal dan bergaul dengan masyarakat sumber.
´  Gunakan kamus.

Kesimpulannya, peribahasa secara mudahnya melambangkan budaya dan adat sesuatu bangsa itu malah kadangkala mempunyai maksud yang tersirat serta sukar difahami, Oleh hal yang demikian penterjemah perlu memberikan penelitian semasa proses menterjemah agar tidak merosakkan aspek budaya dan adat resam tersebut.


-Cik Nurul Syafina binti Rosman (A161833)๐Ÿ’˜-

No comments:

Post a Comment