Monday, June 5, 2017

LARAS BAHASA

Assalamualaikum semua..

Pernahkah anda menghadapi situasi seperti ini, 😌
Seorang mak cik bertanyakan sesuatu kepada kamu, “Kamu belajar di mana?” dan kamu pula menjawab, “Saya belajar di Fakulti Pengajian Islam di UKM, dalam bidang Pengajian Arab dan Tamadun Islam”.

Melihat kepada jawapan anda itu sudah semestinya mak cik tersebut menjadi sedikit keliru kerana istilah fakulti bukan suatu istilah yang biasa bagi masyarakat awam.😕 Situasi ini menunjukkan isu mudah yang berkaitan dengan laras bahasa.

Apa itu laras bahasa? 😤
Laras bahasa secara mudahnya dapat difahami dengan makna suatu pengkhususan terhadap sesuatu bidang.

Ure dan Ellis (1977) menganggap laras sebagai :jenis-jenis bahasa yang digunakan mengikut situasi-situasi yang berlainan”.

Halliday (1968) pula mendefinisikan laras bahasa sebagai variasi bahasa yang berbeza berdasarkan fungsi. Menurut beliau laras bahasa berubah-ubah mengikut situasi.

Asmah Haji Omar (1987: 2): laras bahasa ialah unit-unit khusus dalam penggunaan bahasa mengikut bidang penggunaannya.

Ainon Muhammad (1991: 107): Perkataan-perkataan yang digunakan dengan pengertian khusus dalam bidang itu sahaja. Perkataan-perkataan itu digunakan juga dalam bidang lain tetapi dengan makna yang berlainan antara satu bidang dengan bidang yang lain.

Secara kesimpulannya seseorang penterjemah perlu menggunakan laras bahasa yang betul mengikut kesesuaian
1)      Bidang
Istilah yang digunakan dalam bidang sukan dan bidang masakan adalah berbeza
2)      Konteks  
Apabila memperihalkan sesuatu perkara terdapat perbezaan mengikut konteksnya sebagai contoh bahasa yang digunakan dalam ulasan sukan dengan bahasa minit mesyuarat adalah berbeza,
3)      Keadaan sosial
Perbezaan sosial dapat dilihat apabila bahasa yang digunakan bagi merujuk kepada sultan dan rakyat biasa adalah berlainan.

Jenis & ciri laras bahasa 😎

Laras bahasa sains
      Laras bahasa ilmiah dan bersifat formal serta tidak menggunakan bahasa basahan
     Bersifat intelektual, saintifik, formal dan objektif. Maklumat yang diberikan berdasarkan kajian dan fakta.
      Mementingkan kejelasan dan ketepatan fakta.
      Banyak menggunakan istilah sains dan teknikal

Laras bahasa undang-undang
      Teks yang berkaitan dengan perundangan.
      Mengandungi prinsip undang-undang dan berkait dengan akta – terbahagi kepada bahagian dan seksyen.
      Menggunakan istilah undang-undang dan istilah yang dipinjam daripada bahasa Inggeris.
      Makna kosa yang digunakan berdasarkan interpretasi.
      Kebiasannya ayat yang panjang

Laras bahasa agama
      Membincangkan isu agama.
      Menggunakan istilah agama yang dipinjam daripada bahasa Arab.
      Terdapat petikan al-Quran dan al-Hadith.
      Struktur ayat yang digunakan banyak dipengaruhi oleh struktur ayat Arab.
      Terdapat tamsil ibarat (kias ibarat) yang bertujuan memberi pengajaran kepada orang ramai.

Laras bahasa akademik
      Digunakan dalam bidang ilmiah.
      Bersifat formal dan objektif.
      Gaya bahasa – matang dan keintelektualan (hujah, tepat dan berkesan).
      Bersifat khusus dan sukar difahami.
      Mementingkan kesempurnaan.

Laras bahasa pengiklanan
-  menggunakan retorik (slogan) pujukan dan bahasa pengaruh
-  gaya bahasa yang menarik dan kurang memberikan penekanan terhadap aspek tatabahasa
-  ayat yang disampaikan adalah ringkas tetapi terperinci
-  bahasa yang digunakan bersifat imaginatif dan kreatif

Kesimpulannya, laras bahasa amat penting dan mestilah diberikan perhatian oleh penterjemah.Hal ini kerana ianya dapat membantu penterjemah menghasilkan terjemahan yang dapat difahami oleh si pembaca mengikut larasnya yang sesuai. Sekian terima kasih

-Cik Nurul Syafina binti Rosman (A161833)💘-

1 comment:

  1. Casinos to play at casinos near me | Dr.MD
    When casinos began rolling out of 경상남도 출장샵 the door in California, I'd 하남 출장샵 also like to 안성 출장마사지 try 광주 출장안마 to 군포 출장샵 find a place for my own gaming hobby and I can't wait

    ReplyDelete