Assalamualaikum 😍
KONSEP TERJEMAHAN
Melalui konsep penterjemahan yang
dikemukakan oleh Catford
(1965), Nida (1964) dan Newmark (1981), dapatlah disimpulkan bahawa
penterjemahan sebenarnya ialah
‘Kerja mencari padanan
yang paling tepat dan sesuai dengan makna asalnya bagi kata-kata dalam teks sumber
agar makna asalnya berjaya disampaikan kepada pembaca teks sasaran’
KONSEP PADANAN
• Mencari padanan yang
betul-betul tepat antara dua bahasa dianggap sesuatu yang mustahil untuk
direalisasikan.
•
Mencari padanan merupakan
masalah utama teori terjemahan.
• Setiap hasil penterjemahan
dianggap sebagai refleksi daripada pencarian padanan dalam proses
penterjemahan.
PADANAN TERJEMAHAN
•
Penggunaan istilah padanan terjemahan ini diterima
pakai dalam ilmu sains penterjemahan setelah ia dipinjam daripada ilmu
matematik atau ilmu logik (Wills 1982) sebagai satu usaha untuk mendapatkan
satu terminologi yang lebih berotonomi.
• Orang pertama yang menggunakan konsep padanan
dalam kerangka ilmu sains terjemahan ialah Jakobson (1959) melalui artikelnya
On linguistik aspect of translation.
TERDAPAT BEBERAPA JENIS PADANAN YANG DIPERKENALKAN
OLEH SARJANA:
PADANAN FORMAL
• Penterjemah berusaha sedaya
upaya menghasilkan semula bentuk dan isi secara literal dan menepati makna
sebagaimana yang diniatkan oleh penulis asal.
• Penterjemah akan
menghasilkan semula beberapa elemen formal termasuk unit tatabahasa, keselarian
dalam penggunaan perkataan dan pengekalan makna mengikut konteks bahasa sumber.
• Sebagai contoh: kata nama
diterjemahkan ke bentuk kata nama, kata kerja diterjemahkan ke bentuk kata
kerja dan seterusnya.
• Selain itu, kedudukan
ungkapan, frasa dan ayat dikekalkan seperti yang terdapat dalam teks asal tanpa
diubah susunan dan bentuknya.
•
Pemeliharaan semua petunjuk
formal seperti tanda baca, pembahagian perenggan dan penanda puisi juga
dititikberatkan dalam padanan ini.
•
Padanan formal memberi
tumpuan kepada indeks pengistilahan bagi tujuan keselarian dalam penggunaan
perkataan – bermaksud menterjemah istilah tertentu drp bsum dgn istilah yg sama drp bsas.
• Kesannya, hasil terjemahan kelihatan janggal,
tidak membawa makna atau hilang keaslian terjemahan, kerap kali memerlukan nota
kaki utk lebih difahami.
PADANAN DINAMIS
•
Mementingkan reaksi dan
penerimaan pembaca sasaran.
•
Penterjemah tidak terikat
dengan bentuk teks asal.
•
Hasil terjemahan mempunyai
bentuknya yang tersendiri.
•
Lebih cenderung kepada
bentuk dan struktur bahasa sasaran.
• Tujuan utama: menyampaikan
mesej teks sumber kepada pembaca sasaran dengan sebaik-baiknya.
• Tidak memaksa pembaca
sasaran memahami budaya dan konteks teks asal untuk memahami mesej yang ingin
disampaikan.
•
Perkara yang amat
dipentingkan ialah makna dan maksud yang terkandung dalam teks asal.
•
Untuk menghasilkan
terjemahan yang bersifat dinamik, penterjemah perlu:
• Membuat pengubahsuaian
dalam aspek tatabahasa – ubah susunan perkataan, tukar bentuk kata daripada
kata nama kepada kata kerja misalnya.
•
Penyesuaian leksikal ada
kalanya diperlukan.
•
Menyesuaikan unsur
anakronisme atau sesuatu yang ketinggalan zaman dengan sebaik mungkin
PADANAN SEJADI YANG TERDEKAT
• Padanan sejadi yang
terdekat dari segi makna dan stail/gaya.
•
Beliau menggariskan:
• Padanan bukan keserupaan –
hanya maklumat yang sama disalin, bukan maklumat yang serupa.
•
Terpaksa melakukan
penyesuaian dari segi tatabahasa dan leksikal.
•
Gaya masih dikekalkan –
gaya puisi cthnya.
•
Padanan yang sejadi
dirumuskan sebagai hasil terjemahan apabila dibaca seolah-olah ia ditulis dalam
bahasa sasaran dan tidak terikat dengan bentuk-bentuk bahasa sumber, bahkan
terdapat pembaharuan terhadap unsur-unsur lama atau klasik.
JENIS PADANAN TERJEMAHAN YANG DIKEMUKAKAN OLEH SARJANA
NIDA
|
AINON MOHD
|
•
satu lawan satu
•
satu lawan banyak
•
banyak lawan satu
•
satu lawan tiada
|
• Terdekat tetapi tidak sejadi – pulut kuning dipadankan dengan
yellow rice.
• Sejadi tetapi tidak terdekat – doctor dan tabib
(konotasi negatif pada orang Melayu).
|
KESIMPULAN
•
Oleh sebab terdapat masalah
untuk mencari padanan yang terdekat dan sejadi, terutamanya dari sudut makna,
maka penterjemah seharusnya bertindak mencari padanan yang sesuai dengan
kehendak pembaca sasaran.
• Sekiranya padanan itu sukar dicari, dia perlu bertindak positif
dengan mencari kaedah-kaedah tertentu bagi menyelesaikan masalah tersebut.
•
Apa yang diharapkan ialah
hasil terjemahan seharusnya tidak berbau terjemahan apabila dibaca tetapi
seolah-olah ditulis terus ke dalam bahasa sasaran.
-Cik Nurul Syafina binti Rosman (A161833)💘-
No comments:
Post a Comment