Sunday, June 18, 2017
TEKA SILANG KATA
Assalamualaikum .. pada post kali ini mari bersama-sama cik penterjemah menyelesaikan teka silang kata berkaitan terjemahan. Kesemua jawapan ada pada post-post yang telah dikongsikan. Jom jawab bersama!!!!
Saturday, June 17, 2017
PADANAN TERJEMAHAN
Assalamualaikum 😍
KONSEP TERJEMAHAN
Melalui konsep penterjemahan yang
dikemukakan oleh Catford
(1965), Nida (1964) dan Newmark (1981), dapatlah disimpulkan bahawa
penterjemahan sebenarnya ialah
‘Kerja mencari padanan
yang paling tepat dan sesuai dengan makna asalnya bagi kata-kata dalam teks sumber
agar makna asalnya berjaya disampaikan kepada pembaca teks sasaran’
KONSEP PADANAN
• Mencari padanan yang
betul-betul tepat antara dua bahasa dianggap sesuatu yang mustahil untuk
direalisasikan.
•
Mencari padanan merupakan
masalah utama teori terjemahan.
• Setiap hasil penterjemahan
dianggap sebagai refleksi daripada pencarian padanan dalam proses
penterjemahan.
PADANAN TERJEMAHAN
•
Penggunaan istilah padanan terjemahan ini diterima
pakai dalam ilmu sains penterjemahan setelah ia dipinjam daripada ilmu
matematik atau ilmu logik (Wills 1982) sebagai satu usaha untuk mendapatkan
satu terminologi yang lebih berotonomi.
• Orang pertama yang menggunakan konsep padanan
dalam kerangka ilmu sains terjemahan ialah Jakobson (1959) melalui artikelnya
On linguistik aspect of translation.
TERDAPAT BEBERAPA JENIS PADANAN YANG DIPERKENALKAN
OLEH SARJANA:
PADANAN FORMAL
• Penterjemah berusaha sedaya
upaya menghasilkan semula bentuk dan isi secara literal dan menepati makna
sebagaimana yang diniatkan oleh penulis asal.
• Penterjemah akan
menghasilkan semula beberapa elemen formal termasuk unit tatabahasa, keselarian
dalam penggunaan perkataan dan pengekalan makna mengikut konteks bahasa sumber.
• Sebagai contoh: kata nama
diterjemahkan ke bentuk kata nama, kata kerja diterjemahkan ke bentuk kata
kerja dan seterusnya.
• Selain itu, kedudukan
ungkapan, frasa dan ayat dikekalkan seperti yang terdapat dalam teks asal tanpa
diubah susunan dan bentuknya.
•
Pemeliharaan semua petunjuk
formal seperti tanda baca, pembahagian perenggan dan penanda puisi juga
dititikberatkan dalam padanan ini.
•
Padanan formal memberi
tumpuan kepada indeks pengistilahan bagi tujuan keselarian dalam penggunaan
perkataan – bermaksud menterjemah istilah tertentu drp bsum dgn istilah yg sama drp bsas.
• Kesannya, hasil terjemahan kelihatan janggal,
tidak membawa makna atau hilang keaslian terjemahan, kerap kali memerlukan nota
kaki utk lebih difahami.
PADANAN DINAMIS
•
Mementingkan reaksi dan
penerimaan pembaca sasaran.
•
Penterjemah tidak terikat
dengan bentuk teks asal.
•
Hasil terjemahan mempunyai
bentuknya yang tersendiri.
•
Lebih cenderung kepada
bentuk dan struktur bahasa sasaran.
• Tujuan utama: menyampaikan
mesej teks sumber kepada pembaca sasaran dengan sebaik-baiknya.
• Tidak memaksa pembaca
sasaran memahami budaya dan konteks teks asal untuk memahami mesej yang ingin
disampaikan.
•
Perkara yang amat
dipentingkan ialah makna dan maksud yang terkandung dalam teks asal.
•
Untuk menghasilkan
terjemahan yang bersifat dinamik, penterjemah perlu:
• Membuat pengubahsuaian
dalam aspek tatabahasa – ubah susunan perkataan, tukar bentuk kata daripada
kata nama kepada kata kerja misalnya.
•
Penyesuaian leksikal ada
kalanya diperlukan.
•
Menyesuaikan unsur
anakronisme atau sesuatu yang ketinggalan zaman dengan sebaik mungkin
PADANAN SEJADI YANG TERDEKAT
• Padanan sejadi yang
terdekat dari segi makna dan stail/gaya.
•
Beliau menggariskan:
• Padanan bukan keserupaan –
hanya maklumat yang sama disalin, bukan maklumat yang serupa.
•
Terpaksa melakukan
penyesuaian dari segi tatabahasa dan leksikal.
•
Gaya masih dikekalkan –
gaya puisi cthnya.
•
Padanan yang sejadi
dirumuskan sebagai hasil terjemahan apabila dibaca seolah-olah ia ditulis dalam
bahasa sasaran dan tidak terikat dengan bentuk-bentuk bahasa sumber, bahkan
terdapat pembaharuan terhadap unsur-unsur lama atau klasik.
JENIS PADANAN TERJEMAHAN YANG DIKEMUKAKAN OLEH SARJANA
NIDA
|
AINON MOHD
|
•
satu lawan satu
•
satu lawan banyak
•
banyak lawan satu
•
satu lawan tiada
|
• Terdekat tetapi tidak sejadi – pulut kuning dipadankan dengan
yellow rice.
• Sejadi tetapi tidak terdekat – doctor dan tabib
(konotasi negatif pada orang Melayu).
|
KESIMPULAN
•
Oleh sebab terdapat masalah
untuk mencari padanan yang terdekat dan sejadi, terutamanya dari sudut makna,
maka penterjemah seharusnya bertindak mencari padanan yang sesuai dengan
kehendak pembaca sasaran.
• Sekiranya padanan itu sukar dicari, dia perlu bertindak positif
dengan mencari kaedah-kaedah tertentu bagi menyelesaikan masalah tersebut.
•
Apa yang diharapkan ialah
hasil terjemahan seharusnya tidak berbau terjemahan apabila dibaca tetapi
seolah-olah ditulis terus ke dalam bahasa sasaran.
-Cik Nurul Syafina binti Rosman (A161833)💘-
Wednesday, June 14, 2017
TERJEMAHAN PUISI
Assalamualaikum pada post kali ini cik penterjemah ingin berkongsikan sedikit informasi mengenai terjemahan puisi 😁.
Terjemahan puisi merupakan
terjemahan berbentuk sastera yang sarat dengan emosi serta dipengaruhi oleh
intonasi.
Seseorang penterjemah puisi perlu
mempunyai kelayakan yang baik bagi melayakkannya menterjemah sesuatu puisi itu.
Disamping memenuhi syarat kelayakan penterjemah yang asas beliau juga mestilah
mempunyai beberapa ciri penting sebagai contoh
- · Mempunyai ilmu serta bakat kesusasteraan yang tinggi
- · Meminati karya-karya sastera
- · Seorang yang gigih serta kreatif kerana penterjemah puisi perlu membacanya berulang kali ayat demi ayat dan memerlukan kepada pengolahan ayat sendiri.
Terjemahan puisi terbahagi kepada 2
iaitu
- · Puisi kepada prosa
Bagi penterjemah yang bukan menguasai
serta kurang mahir dalam bidang sastera, maka ia akan menghasilkan terjemahan yang berbentuk ayat biasa bukan berbentuk sastera.
- · Puisi kepada puisi
Bagi penterjemah yang mahir dalam
bidang sastera
CONTOH TERJEMAHAN PUISI ARAB KE BAHASA MELAYU
Usah Kau Sangkal
Kau kasihkandaku sayangku
Kau kasihkandaku usah kau sangkal
Jangan dakwa bagimuu
Cinta tak terlintas fikiran
Atau kalbumu ketandusan cinta
Penyair pencinta
Lahirkan cinta jangan malu
Kerana ia bukan mungkar
Tidak aib
Malah rasa hati yang suci
Tidakkah atiqah mengisytiharkan
Cintanya pada Qusyair
Tidakkah Busaynah
Menjelaskan yang tersembunyi pada
Jamil?
Usah kau sembunyi cinta yang memang
ketara
Mata kita tak melindung
Lahirkan cinta kerana
Betapapun kau pendam keharumannyakan
semerbak
Kesimpulannya, seseorang penterjemah yang mempunyai kelayakan tertentu sahaja mampu menterjemah puisi dengan baik dan memenuhi segala aspek serta unsur sasteranya,
-Cik Nurul Syafina binti Rosman A161833💘-
TERJEMAHAN FUNGSI AYAT (BAHAGIAN 2)
SUDUT BAHASA ARAB
Ada beberapa cara
untuk membahagikan ayat:
1.
Pembahagian
berdasarkan tujuan atau maksud penutur, iaitu:
§
Apa yang
dimaksudkan oleh penutur?
§
Adakah dia
mahu memberi maklumat atau meminta maklumat?
§
Adakah dia
mahu memberi arahan atau menunjukkan rasa kagum atau takjub kepada sesuatu?
Pembahagian ini boleh kita panggil pembahagian
nafsi atau al-tasnif al-nafsi.
2.
Pembahagian
berdasarkan srtuktur ayat.
§
Adakah ayat
itu ayat ringkas/tunggal atau ayat kompleks?
§
Adakah kata kerja di dalam ayat itu satu
sahaja ataupun lebih?
§
Adakah
terdapat dalam ayat itu ayat pancangan?
§
Adakah dalam
ayat itu terdapat huruf `ataf?
Pembahagian
berdasarkan perkara ini boleh dipanggil al-tasnif al-tarkibi.
3.
Pembahagian
berdasarkan permulaan ayat.
§
Apa jenis
perkataan yang ada di permulaan ayat?
§
Adakah
perkataan itu kata kerja atau kata nama?
Pembahagian jenis ini
dipanggil al-tasnif al-awwali.
Berdasarkan tujuan
penutur, ayat bahasa Arab dibahagikan kepada:
¢ Ayat maklumat ( jumlah ikhbariyah ), iaitu ayat yang digunakan oleh penutur untuk memberitahu sesuatu
maklumat, mengungkapkan tentang perasaan, pendapat atau persetujuannya. Contoh:
¢ Jumlah istifhamiyah,
iaitu ayat yang digunakan untuk bertanya atau menyolal tentang sesuatu perkara,
seperti bertanya tentang seseorang, tempat, masa dan sebagainya. Contoh:
¢ Ayat takjub , iaitu ayat yang digunakan untuk
menunjukkan rasa kagum atau takjub. Contoh:
ما
أجمل هذه الشجرة؟
¢ Ayat suruhan atau permintaan , iaitu ayat yang digunakan untuk
menyuruh atau meminta seseorang melakukan sesuatu. Contoh:
إفتح
الباب. - نم مبكرا. -
Ayat-ayat Bahasa Arab tidak boleh semata-mata
dibahagikan kepada jenis-jenis itu sahaja, bahkan ada kalanya ayat Tanya/soalan
mengandungi fungsi lain, seperti menyatakan atau memberitahu sesuatu. Ada
kalanya ayat Tanya mengandungi fungsi suruhan, ayat takjub mengandungi maksud
menyatakan juga. Lihat contoh-contoh yang berikut:
لماذا
تأخر الطبيب؟
-
Di sini
ada soalan mengenai sebab kelewatannya, tetapi pada masa yang sama ayat ini
mengkhabarkan kepada pendengar bahawa tabib itu lewat ( istifham + ikhbar ).
ألا يمكن أن تفتح
النافذة؟
-
Di sini
ada istifham, tetapi pada masa yang sama ayat ini juga mengandungi permintaan
secara beradab. ( istifham + talab )
ما أجمل السيارة!
-
Kagum dan
menceritakan kereta itu cantik. (
ta`ajjub + ikhbar )
Akhir sekali, semasa menterjemah fungsi ayat perlu
diberi perhatian yang sewajarnya agar makna yang dikehendaki oleh teks asal
dapat dipindahkan kepada bahasa sasaran dengan baik dan tepat. Bentuk ayat ada
kalanya berubah, walapun seboleh mungkin, bentuk juga perlu dikekalkan
dalam terjemahan. SEKIAN, TERIMA KASIH.
^_^
Oleh: Cik Noorhaidatul Najiha binti Idris (A161831)💘
TERJEMAHAN FUNGSI AYAT (BAHAGIAN 1)
Assalamualaikum, Salam Ramadan Kareem!!!!
Nampaknya post Cik Penterjemah yang semalam masih
freshhh segar-bugar lagi untuk tatapan pembaca semua *huhu* tapi sudah kembali
dengan post yang baru??? Eh?? Baiklah ini semua kerana ilmu. Kita haruslah
terus berkongsi~~~benaran tidak??? *Baiklah berhenti makan kerepek dan merepek*.
Cik Penterjemah ingin teruskan dengan post baru kami. (yeah!! -selamat
menghadammm)
Pertama sekali penting untuk kita memahami
teori berkaitan Fungsi Ayat di mana terbahagi kepada dua perkara iaitu:
FUNGSI | |||
BENTUK | |||
o
Contoh:Ayat Boleh
ambilkan saya secawan teh ?
¾ Bentuk: Ayat Tanya/pertanyaan
¾ Fungsi: Suruhan
o
Contoh: Siapa
kata saya penakut ?
¾ Bentuk: Tanya
¾ Fungsi: Cabaran
Ketika menterjemah, penterjemah menyalin
semula makna, bukan menyalin semula bentuk. Salah satu
kesilapan terjemahan: penterjemah tidak menyedari bahawa bentuk ayat yang sama
mungkin mempunyai fungsi dan makna yang sangat berbeza. Fungsi ayat ditentukan
oleh makna ayat. Sudut makna ayat terbahagi kepada tiga jenis, iaitu ayat
maklumat (informatif), ayat perasaan (emotif) dan ayat arahan (imperatif).
v Ayat Maklumat
Menterjemahkan ayat maklumat adalah yang paling mudah. Paling banyak
diterbitkan baik dalam bahasa lisan mahupun tulisan. Fungsi bahasa yang paling
penting ialah sebagai penghantar maklumat. Tujuan ayat maklumat
ialah untuk memberitahu sesuatu.
AYAT
MAKLUMAT
v Ayat Arahan
Mempunyai cara
tersendiri untuk menyampaikan sesuatu suruhan ataupun perintah. Ayat arahan
ialah jenis kedua yang banyak diterbitkan oleh manusia. Terdapat dalam pelbagai
jenis dokumen (dokumen undang-undang, teks sains, label pada kotak ubat, manual
barangan pengguna hinggalah ke buku resipi dan sebagainya).
Sebagai contoh:
Dalam
Bahasa Inggeris bentuk ayat yang pada zahirnya kelihatan seperti pertanyaan
mungkin maksudnya ialah suruhan, seperti pada ungkapan-
-
Can you open
the door, John? (Ayat ini ialah ayat
suruhan, bukan ayat soalan)
Oleh
itu terjemahan yang betul ialah Tolong bukakan pintu itu, John, bukannya
Bolehkan awak buka pintu itu, John?
AYAT ARAHAN
v
Ayat Perasaan
Dalam kajian makna, perasaan ialah sejenis makna. Wajib
disalin semula dalam terjemahan. Merupakan sejenis ayat yang sukar
diterjemahkan. Antara puncanya ialah setiap bahasa mempunyai pelbagai perkataan
emotif sendiri. Ayat perasaan
menggambarkan perasaan yang dialami oleh seseorang. Tidak mengandungi maklumat
dan tidak bermaksud menghendaki orang lain melakukan sesuatu. Ciri utama
perasaan ialah nada atau intonasi suara yang mengiringi pengucapan ayat-ayat
itu.
CONTOH AYAT PERASAAN
Berikut maklumat perkongsian Terjemahan Fungsi Ayat dari sudut Bahasa Melayu. Bakal bersambung dengan bahagian kedua untuk melihat bagaimana pula dari sudut Bahasa Arab.
-oleh : Cik Noorhaidatul Najiha binti Idris (A161831)💘
Monday, June 12, 2017
MENTERJEMAH KATA GANTI NAMA
Assalamualaikum wbt .Pada hari ini saya ingin berkongsi tentang menterjemah kata ganti nama .
Sebelum itu mari kita kenal dulu apa itu kata ganti nama,
Definisi :
kata ganti nama adalah kata yang digunakan untuk menggantikan kata nama lain seperti kata ganti nama diri untuk menunjukkan orang ,misalnya dia, saya, kamu.
Kata Ganti Nama Arab terbahagi kepada dua jenis iaitu Bariz ( nyata) dan Mustatir ( tersembunyi) :
1) Bariz
- Munfasil (terpisah)
-Muttasil (bersambung)
2) Mustatir
-Wajib al- Istirar
-Jaiz al-Istitar
Kata Ganti Nama juga terbahagi kepada lelaki ( mudhakkar) dan perempuan ( Mu'annath) :
Dalam gambar di atas kita dapat lihat kata ganti nama yang di pecahkan sama ada mudhakkar atau mu'annath .Kata ganti nama mudhakkar kita akan gunakan ketika ingin menunjukkan orang samada dia,saya,kamu dan sebagainya ,begitu juga kata nama bagi mu'annath juga kita akan gunakan ketika ingin gantikan nama seseorang.
Di sini saya sertakan sekali comtoh menterjemah bagi kalimah" أنا " ;
- أنا أحترم الكبير
padanan" أنا" : saya , aku , beta , patik , hamba.
Terjemahannya :
saya, aku , beta ,patik ,hamba (lelaki/perempuan) menghormati orang tua.
bagi kalimah" أنت " :
- أنت تحترم الكبير
Terjemahannya :
Awak/kamu/anda/engkau/anda (lelaki ) menghormati orang tua .
saya harap contoh2 diatas dapat difahami ,setakat sini sahaja perkongsian saya berkenaan dengan kata ganti nama .Sekian dan jumpa lagi 👋
(siti shahidah binti ruzlan A161832)
Subscribe to:
Posts (Atom)